1.0. PENGENALAN

Sistem pendidikan Malaysia merupakan salah satu
usaha yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang berintelektual,
berinovasi dan berdaya maju melalui penubuhan sekolah kerajaan. Menurut laporan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017) penyediakan tiga jenis sekolah kerajaan
telah dilakukan antaranya sekolah akademik, sekolah kebangsaan agama, dan sekolah
teknik dan vokasional. Menjelang abad ke-21, kerajaan perlu bijak menjalankan peranan
mereka dalam usaha menyediakan sebuah model pendidikan yang mantap dan seimbang
mengikut kemampuan pelajar pada era ini. Scheerens (2004) melalui kajian
“Cabaran Keberkesanan Sekolah: Perspektif Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Berprestasi Tinggi” oleh (Faizal et al., 2016) telah mendefinisikan
keberkesanan model pendidikan merupakan satu tindakan yang dilakukan untuk
meningkatkan kebolehcapaian murid dalam sekolah melalui aspek pengajaran dan pembelajaran
(P & P), motivasi, pentadbiran dimana penglibatan ibubapa dan guru juga
turut ditekankan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Beberapa model pendidikan sekolah kerajaan yang
terdapat di Malaysia antaranya adalah model pendidikan sekolah bestari. Menurut
(Ghani et al., 2005) keberkesanan model pendidikan sekolah kerajaan berasakan
sekolah bestari dilakukan melalui penyediaan pelbagai jenis kemudahan bagi
melancarkan proses pembelajaran dalam kelas antaranya adalah melalui penyediaan
computer dan internet. Hamizer (1997) melalui journal yang bertajuk “Konsep Dan
Perlaksanaan Sekolah Bestari Di Malaysia” oleh (Ghani et al., turut membahaskan
bahawa melalui pelbagai kemudahan yang disediakan di sekolah jenis kerajaan ini
ia bukan sahaja dapat membantu melicinkan proses pembelajaran di kelas malahan
pendidikan ke tahap yang lebih tinggi dan luas juga dapat dicapai.

 

Dalam kajian yang akan dilakukan ini, perkara
yang menjadi fokus utama adalah Keberkesanan Model Pendidikan Sekolah Kerajaan
Di Sarawak: Kajian Kes Sekolah Menengah Di Mukah. Hal ini adalah seiring dengan
perkembangan Malaysia yang memfokuskan pendidikan negara dalam membantu untuk
melahirkan modal insan yang berguna kepada negara. Hal ini turut dibuktikan
oleh Pelan Hala Tuju Kerajaan GTP (2017) dimana ia mengatakan bahawa sistem
pendidikan yang baik berupaya dalam menetapkan matlamat negara yang berkesan
untuk dicapai.

 

1.1. LATAR BELAKANG

Pendidikan pada awal abad ke-14 telah dibentuk
di Tanah Melayu yang dikenali sebagai “Sekolah Pondok” (Nurul Hidayu, 2012).
Pendidikan yang ditekankan oleh “Sekolah Pondok” ini adalah berbentuk tidak
formal. Namun demikian bermula dari tahun 1800 sehingga 1956 perubahan telah
berlaku dalam sistem pendidikan dimana campur tangan pihak Inggeris telah
berlaku. Penubuhan 5 jenis persekolahan telah dilakukan oleh pihak Inggeris
iaitu Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Cina, Sekolah Vernukular
Melayu, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama (Madrasah). Pengasingan
setiap kaum dilakukan bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosial
pihak penjajah pada ketika itu (Nurul Hidayu, 2012). Perubahan pendidikan di
Tanah Melayu juga telah berubah setelah pemerintahan negara telah jatuh ke
tangan pihak komunis (Jepun) dimana perubahan berlaku kecelaruan dalam tadbir
urus pendidikan pada ketika itu. Perkembangan pendidikan negara mengalami
perubahan yang drastik setelah kemerdekaan negara Malaysia telah dicapai pada
tahun 1957. Perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah didorong oleh
kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia. Sistem pendidikan yang
dilaksanakan seharusnya menitikberatkan perpaduan antara kaum. Mior Khairul
(2011), penubuhan sekolah pelbagai aliran ini telah menghalang setiap etnik di
Malaysia untuk terus berhubung dan mewujudkan perhubungan diantara mereka. Oleh
itu kerajaan Malaysia telah mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan sebuah
sekolah jenis kebangsaan dimana Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa
Pengantar dan Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia (Nurul Hidayu, 2012).

 

Sejarah sekolah menengah kerajaan di Mukah
Sarawak yang dikenali sebagai SMK Three Rivers telah bermula pada tahun 60an
dimana sekolah ini telah diasakan oleh pihak British yang telah menjajah pada
ketika itu. SMK Three Ribers merupakan antara sekolah terbaik pada ketika itu
dengan bilangan pelajarnya hanya seramai 33 orang (SMK Three Rivers, 2017). Bermula
pada tahun 1990 kegemilangan SMK Three Rivers kian berkembang pesat dimana
sekolah tersebut telah menerima peruntukan sebanyak RM 3.9 juta untuk menjalankan
pembinaan bangunan yang baru. Kegemilangan SMK Three Rivers dalam bidang
pendidikan kian menyerlah bermula tahun 1999 dimana penganugerahan sekolah
tersebut sebagai Sijil Kecemerlangan Akademik berdasarkan peratusan keputusan
cemerlang yang diperolehi oleh pelajar pada ketika itu (SMK Three Rivers,
2017).

 

                                                
Sumber: Goggle Map.

Gambar 1.0: Peta Mukah.

 

 

 

1.2. PERMASALAHAN KAJIAN

Fokus yang ingin ditekankan oleh pengkaji
melalui kajian ini adalah dimana pengkaji ingin melihat kepada keberkesanan
model pendidikan yang dilakukan oleh sekolah menengah kerajaan di Sarawak. Model
pendidikan yang diterapkan di sekolah menengah di Sarawak ini kebanyakannya
menerapkan pembentukan sekolah bestari. Sekolah bestari merupakan salah satu isu
dan cabaran yang harus ditangani oleh pihak kerajaan pada masa ini dalam
menjamin keberkesanan model sistem pendidikan.

 

Pembentukan model pendidikan kerajaan
berasaskan sekolah bestari sememangnya akan membawa satu perubahan yang besar
kepada guru, pelajar dan pentadbir. Perubahan ini amat dirasai oleh pihak guru
kerana mereka perlu peka terhadap perkembangan teknologi maklumat. Mengikut
kajian yang telah dilakukan oleh Rohana et al., (2005) guru-guru perlu
melakukan analisis berkaitan pencapaian pelajar dengan menggunakan kemudahan
ICT yang disediakan. (Johari dan Fazliana, 2011) turut mengatakan bahawa
penggunaan kemudahan ICT kian dipraktikkan dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) di Universiti Teknologi Malaysia. Seorang pendidik
yang mampu menerapkan penggunaan teknologi sebagai satu alat dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) juga sememangnya akan mampu
meningkatkan lagi mutu pembelajaran di dalam kelas (Wan dan Rosli, 2008).
Pelaksanaaan penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam bidang pendidikan
telah dilaksanakan bermula pada tahun 1998, namun telah berlaku kegagalan dalam
pelaksanaan agenda tersebut (Johari dan Fazliana, 2011).

 

Selain itu, bukan hanya pendidik sahaja yang
perlu memikul tanggungjawab dalam memberikan penekanan terhadap kepentingan
pendidikan kepada pelajar malahan sikap indivu pelajar itu sendiri juga
memainkan peranan penting dalam usaha menunjukkan keberkesanan pendidikan
tersebut. Jika dilihat pada era konvergen ini, sikap pelajar kelihatan semakin
menjadi-jadi dimana sikap mereka ini kelihatan semakin sukar untuk dibendung
dan menjadi semakin liar. Suresh (2011) mengatakan bahawa, hubungan
kekeluargaan merupakan salah satu hubungan yang sangat penting dalam membentuk
jati diri seseorang pelajar itu untuk kearah yang lebih baik. Ibu bapa
seharusnya peka terhadap perkembangan anak-anak mereka supaya ianya seiring
dengan prestasi pendidikan anak-anak mereka. Melalui kajian yang akan dilakukan
ini, terdapat beberapa permasalahan yang akan menjadi isu yang perlu
dititikberatkan antaranya dengan melihat kepada strategi pendidikan yang
dilaksanakan di sekolah kerajaan ini, keberkesanan strategi yang dijalankan
oleh pihak bertanggungjawab sepeti Jabatan Pelajaran Mukah dan juga model
pendidikan yang dilakukan mengikut keberkesanan strategi yang dilakukan.

 

Written by
admin
x

Hi!
I'm Colleen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out