1.1        PengenalanBab ini membincangkanperkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan meliputi latarbelakang kajian, pernyataan masalah, kerangka kajian, objektif kajian, persoalankajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisioperasional serta rumusan.

1.2        LatarBelakang Kajian Pendidikanmengalami perubahan saban hari untuk membentuk warga pelajar yangberintelektual tinggi dan seterusnya untuk mewujudkan generasi minda kelaspertama. Perubahan ini perlulah seiring dengan gaya kepimpinan yang diamalkanoleh setiap guru besar. Kerajaan memperuntukan sebanyak RM 50  bilion kepada sektor pendidikan dalam  bajet 2017.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razakturut telah memperuntukkan RM1.4 bilion untuk dibelanjakan untuk semua jenissekolah iaitu daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina danTamil, Sekolah Mubaligh serta sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Keprihatinankerajaan dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama jelas ditunjukkanmenerusi peruntukkan ini. Selain daripada itu, bekas menteri pelajaran Tan SriMuhyiddin Yassin dalam satu ucapan penutupan sempena Persidangan SerantauPertama mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Institusi AminuddinBaki dari 12 hingga 15 September 2009 turut menyatakan hasrat serta harapankerajaan agar lebih banyak sekolah berkualiti diwujudkan dan ia menjadi pilihanutama ibu bapa.

Beliau juga turut menyatakan bahawa hanya menerusi kepimpinanyang berkualiti sahaja dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, pengurusan yangmantap yang sekaligus dapat meningkatkan kualiti pendidikan. Gurubesar adalah nahkoda yang berperanan untuk memajukan sekolah dan membawa wargasekolah ke hala tuju yang bersesuaian bagi mendapat kejayaan. Guru besar yangmengamalkan gaya kepemimpinan transformasional terbukti dapat menampilkan  diri sebagai seorang pemimpin yang mantapdengan hasil kerja yang lebih baik. Faktor ini, merupakan titik permulaan yangpositif untuk sesebuah sekolah berkembang menjadi lebih baik dan berjaya sertamenjadi sebuah sekolah yang berkesan (Alimuddin, 2006).Anjakanparadigma atau penambahbaikan yang dipraktikkan dalam konsep kepimpinantransformasional ini adalah kearah memberi penekanan kepada konsep kerjaberpasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta meningkatkan penglibatanahli organisasi di dalam sekolah.

Kepimpinan ini memberi kesan kepada budayasekolah yang diwarisi. Menurut Deal dan Peterson (1999)budaya merangkumipengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dankemahiran-kemahiran yang dipraktik di sekolah. 1.

3        PernyataanMasalah Datuk Seri Mohd Najib,Perdana Menteri Malaysia  yang merupakanbapa transformasi negara menegaskan bahawa pemimpin mampu mengubah  pengikutnya yang lemah ke tahap pencapaiandan kejayaan yang lebih tinggi.Guru besar mengamalkan gaya kepimpinsantransformasional di sekolah. Gaya kepimpinan transformasional berfokuskan kepada membinamatlamat yang dikongsi bersama, mempertingkatkan komunikasi serta mengambilkata putus secara kolaboratif.Kepimpinan transformasional mencetus perubahansikap dan pemikiran seseorang itu terhadap tanggungjawabnya bertitik tolak darikesedaran yang diwujudkan oleh pemimpin terhadap subordinat dan bukannya keranaganjaran mahupun ugutan.

            Gaya kepimpinan transformasional ini memberi impak kepadabudaya sekolah. Ini kerana sekolah vernacular seperti sekolah Tamil, sekolahmubaligh kristian dan sekolah Cina mempunyai pegangan yang berbeza dengansekolah aliran lain. Pengkaji ingin menjalankan kajian ini untuk mengetahuiadakah gaya kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh guru besar datamengekalkan budaya sekolah Tamil?  1.4        OjektifKajianObjektif kajianini adalah seperti berikut :-     i.       Mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di Port Dickson.   ii.

       Mengenalpasti kefahaman gaya kepimpinan transformasional di kalangan guru besar.  iii.       Mengenalpasti kefahaman pengekalan budaya sekolah Tamil dikalangan guru besar danguru-guru.  iv.       Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan transformasional dengan pengekalan budayasekolah Tamil.   v.

       Mengenalpasti cabaran dan langkah-langkah mengekalkan budaya sekolah Tamil di PortDickson. 1.4.1    PersoalanKajianDi dalam kajian ini, beberapa persoalan telahdikenalpasti :  i.

           Adakahgaya  kepimpinan trnsformasionaldiamalkan olehguru besar di Port Dickson?  vi.       Apakahtahap kefahaman gaya kepimpinan transformasional di kalangan guru besar di PortDickson?  vii.       Apakahtahap kefahaman pengekalan budayadi kalangan guru besar di Port Dickson?ii.           Adakahterdapat hubungan antara gaya kepimpinan transformasional dengan engekalanbudaya sekolah Tamil?iii.           Apakahcabaran dan cadangan untuk menangani masalah ini di peringkat sekolah? 1.5.

2 Hipotesis KajianBerikut adalah hipotesisyang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dijalankan. Kesemuapernyataan hipotesis adalah dalam bentuk hipotesis nol.       i.     Tidakterdapat hubungan yang signifikasi antara gaya kepimpinan transformasionaldengan pengekalan budaya sekolah.     ii.

     Tidakterdapat perbezaan yang signifikasi terhadap amalan kepiminan transformasionaldari segi jantina. 1.5        KepentinganKajianKajian ini memberi manfaatkepada semua pihak termasuk, Kementerian Pendidikan Malaysia, PPD, pihakpentadbiran sekolah dan guru Hasil kajian ini boleh membuktikan dan dapatmemberikan gambaran tentang amalan kepimpinan transformasional guru besardenganpengekalan budaya sekolah Tamil. Ini dapat menambahbaik proses pengajarandan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi paramurid.

Selain itu, kajian ini juga dapat mencadangan penambahbaikan amalankepimpinan transformasional jika terdapat impak kepada budaya sekolah.  1.7 Batasan KajianKajianini melibatkan guru besar sekolah rendah di Port Dickson yang terdiri daripada10 buah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini bolehdilakukan terhadap populasi yang lebih besar terhadap guru-guru di bawahnaungan Kementerian Pelajaran Malaysia.             Maklumat yang diperoleh daripadaresponden ini adalah berdasarkan maklum balas dalam soal selidik yang dibentukdari Perceptual Learning Style Preference Questionnaire (PLSQ) sahaja. Justeru,respon murid adalah terhad dan ia berdasarkan kepada maklum balas boring soalselidik yang disediakan.1.8 Definisis OperasionalDefinisi untuk setiap istilahdinyatakan untuk menjelaskan konsep dalam kajian ini.

 Mereka tidak boleh berbincang dalam kumpulan.1.8.

1 GayaGaya  ialah sikap atau  kesukaan(Kamus Pelajar Edisi Kedua) 1.8.2 KepimpinanKepimpinan bermaksud keupayaanmemimpin atau orang yang diikuti melalui teladan (Kamus Dewan EdisiKeempat) 1.

8.3 Pemimpin TransformasionalPemimpin transformasional bukan sahajmengenal pasti keperluan pengikut, tetapi cuba meningkatkan keperluan itu keperingkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi dan pada masa yang samacuba memenuhi keperluan potensi kakitangan. Penglibatan keseluruhan sepertiemosi, intelek dan moral antara pemimpin dan pengikut akan menggalakan pengikutmembentuk keupayaan melebihi kadar biasa (Burns, 1978) 1.8.4 Guru BesarOrang yang menjadi ketua kepada guru-guru di sekolah(Kamus Pelajar Edisi Kedua) 1.

8. 5 PengekalanPengekalan bermaksudmengekal­kan atau pemeliharaan supaya berterusan. (Kamus Dewan EdisiKeempat) 1.8.

6 Budayasekolah  sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari normainstitusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dantujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri (Banks danBanks(1993), Deal dan Peterson (1998) 1.9 RumusanTeorikepimpinan yang dipilih olehpengkaji ialah Teori Kepimpinan Transformasional. Kajian ini dijalankan untukmelihat hubungan antaraGaya Kepimpinan Transformasional dengan pengekalanbudaya sekolah Tamil di  Port Dickson.Hasi kajian ini dapat membantu mengetahui impak pengamalan gaya kepimpinan ini.

Written by
admin
x

Hi!
I'm Colleen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out